2018 NEW MYVI 1.3x FOR RENT | COMPACT | CAR RENTAL KUALA LUMPUR | AIRPORT TRANSFER | CHAUFFEUR SERVICES | LEASING | 017-303 0990
Perodua Myvi 1.3 Premium X FOR RENT !
Perodua Myvi 2018 telah pun selamat dilancarkan. Pastinya ia sudah meredakan debaran yang memuncak dalam tempoh 10 hari kebelakangan ini apabila ia hangat diperkatakan termasuk tular di laman media sosial. Kini, Myvi 2018 telah pun berada di semua bilik pameran Perodua di seluruh negara.
Apatah lagi dikhabarkan, Perodua telah menerima tempahan sebanyak 5,000 unit sejak ia dibuka pada 9 November lalu. Bayangkanlah, sebelum ia dilancarkan, sudah berduyun-duyun orang jatuh cinta dengannya walau belum tengok di hadapan mata, namun nekad untuk memilikinya. Jadi, adakah anda antara ribuan rakyat Malaysia yang bakal mengunjungi bilik pameran Perodua terdekat?
Sebelum berbuat demikian, kami sarankan anda supaya meneliti lebih terperinci spesifikasi bagi setiap varian yang ditawarkan untuk barisan Myvi 2018. Nah! Sekali lagi kami memberikan perbandingan bagi perincian dan spesifikasi penuh mengikut varian di sini. Moga sedikit sebanyak dapat membantu anda membuat pilihan yang tepat sekiranya berhajat untuk membeli atau untuk menyewa.
Perodua Myvi 1.3 Premium X
Tambahan:
Mekanikal
- Sistem start-stop automatik Eco-idle
- Bantuan Mula Mendaki
Luaran
- Lampu kabus hadapan
- Pengesan parkir hadapan
- Cermin sisi larasan berkuasa
Dalaman
- Unit utama Double-din dengan radio, USB dan Bluetooth
- Pengecas USB
- Roda stereng balutan-kulit dengan kawalan audio, telefon
- Tempat duduk belakang dengan perehat kepala boleh laras
Estetika
- Gril hadapan krom
- Lampu kabus hadapan dengan kekemasan krom
- Pemegang pintu krom
- Pemegang pintu dalaman krom
- Kekemasan perak di sekeliling kawalan tingkap, butang pada roda stereng, dan tapak tuil gear
- Panel instrumen dengan kekemasan krom
- Corong pendingin hawa dengan kekemasan krom
Pilihan warna bagi Myvi 1.3
- Ivory White (solid)
- Glittering Silver (metalik)
- Mystical Purple (metalik)
- Lava Red (metalik)
- Peppermint Green (metalik) – baharu, eksklusif untuk model 1.3